Monday, March 29, 2010

April fool!!!!!!!!!


Assalamualaikum wbh...

Dulu Saya Selalu Bertanya Knp Islam Mengharamkan April Fool? Apa Sejarah Disebalik April Fool. Alhamdulillah Saya Telah Menemui Jawapannya. Jom Kita Kongsi Bersama...

Ikutilah cerita sedih di sebalik April Fool's Day
sebagai renungan bersama.
Setiap kali menjelang 1hb April, sesetengah orang kita begitu taksub dengan
budaya 'pandang kebarat'
Berbalik kepada perayaan April Fool's Day ini, adalah ia mula dirayakan
sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak
berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh
diserang tentera-tentera Kristian.

penduduk-penduduk Islam diSepanyol ( Moors ) terpaksa berlindung di dlm
rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian
bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang -
orang Islam dr Sepanyol.

Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar keluar
dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka
dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan.
Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu
penipuan,telah pergi keperlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang
dimaksudkan.

Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak.

Keesokan harinya (1April), mereka mengambil semua barangan yang telah
disiapkan menuju ke perlabuhan.

Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan
kemudian membakar rumah penduduk- penduduk Islam ini.

Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak
Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya,lelaki,
perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini
kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.

Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja diSepanyol tetapi
juga di serata dunia.

Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut
meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang
tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.

Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita

Peliharalah Allah, nescaya Allah akan memelihara kamu .....rawahu ttirmizi
Illal Liqaq

P/S : - Kalau boleh Tolong forwardkan kat kawan-
kawan
- Sabda Rasulullah : 'Sampaikanlah Ayatku
Walaupun 1 Ayat'

No comments:

Post a Comment